Follow Me!

Monday, September 12, 2022

Keburukan Pakai Mary Kay

 Assalamualaikum & Hai semuaa!

Lama betul saya tinggalkan blog ni..lagi-lagi sejak ada tiktok,langsung lupa yang saya ada blog?Tapi hakikatnya saya pun takde banyak masa nak mengadap social media lama-lama,bila jadi mak-mak ni keutamaan pada rumahtangga & anak-anak.Mak-mak jelah paham situasi dia macam mana.Ahgitew!

Lepastu bila ada mood nak tulis sesuatu kat blog,tetiberr macam auto nak tulis tajuk kat atas ni.Haa..seramm tak?tajuk pun nak suspen ek?haha!

Ya,mungkin sekarang dah ramai yang dengar tentang jenama Mary Kay,mungkin jugak ada yang belum.Mungkin ada yang dah cuba,mungkin jugak ada yang masih nak cuba,Tapi was-was.Camne tu ek?hehe..

Ok lah kita pun tak nak story panjang-panjang..kita tepek gambar je boleh tak?Biar gambar je berbicara.Hehe..









Jadi kepada korang yang nak cuba jenama Mary Kay,mungkin dah boleh fikir balik kot keburukan yang korang bakal dapat lepas pakai produk Mary Kay.Takut menyesal pulak nanti.Heheh.

Ok sambung lagi nanti Part 2.Harini kita sesaje update sambil panaskan enjin menulis.Lama gila tak menulis,rindu!

Thank you semua yang sudi singgah blog kita & luangkan masa kejap baca blog.

Till next time..Bye!




 

Wednesday, May 29, 2019

Tempah Popcorn

Assalamualaikum & Haiii!!

Dulu kan...saya ada perasaan ragu-ragu tau kalau nak beli barang online sebabnya saya rasa macam bila nak beli tu tak berdepan dengan seller..Susah pulak kita nak trust kan?Tapi zaman sekarang ni nak shopping online dah banyak medium untuk mudahkan kita,contoh macam instagram,facebook,shoppee,lazada & sila senaraikan lagi kalau ada?hehe..

Tapi so far kan..walaupun saya hanya post update doorgift kat blog je,tapi my customer ada 1 Malaysia!Alhamdulillah syukur sangat-sangat!Pernah juga sampai ke Brunei untuk tempahan doorgift sebelum ni..Terima kasih orang Brunei!Hee..

Ok kita pendekkan cerita ye..Kalau ada yang tercari-cari doorgift Popcorn,kami ada buka tempahan untuk doorgift Popcorn tau!Yelah,siapa je yang tak suka makan popcorn kan?Dari mak budak,bapa budak sampai lah budak-budak confirm suka makan popcorn buat kudap-kudap!Betul kan?Hehe..

Harga kami bermula dari RM1.20 (yup,of course harga jimat untuk sempurnakan majlis awak!)




Untuk packaging popcorn,sebenarnya ada banyak jenis tau!Gambar yang saya attach kat sini antara contoh yang dah kami buat..Semua dah include Riben & Personalized Sticker.Haa..Jimat kan?Tak payah nak tempah sticker kat tempat lain,senang semua dah ada dalam pakej!Yeayy!

Area Selangor & Kl kami ada sediakan delivery(with extra charges)Tapi untuk order luar dari Selangor kami pos guna khidmat GDEX sebab Gdex sangat lahhh murah kalau pos berkotak-kotak ni..Don,t worry,so far penghantaran semua sampai dengan elok..

Macam biasa..nak tanya details boleh je direct contact 
012-661 7763 okay..



*Kalau ada packaging lain yang awak nak,boleh tunjuk pada kami & nanti kami akan sediakan quotation*












Kraft Sticker

Assalamualaikum & Haii!!

Ramai rupanya yang tanya Cenderahatilace ada buat kraft sticker tak?Sebabnya sekarang macam trend kan sticker jenis kaler coklat gini kan?Nampak doorgift tu classy & unikk kekdahnya!Hehee..

Jom lepasni peminat kraft sticker,boleh ramai-ramai oder dengan kami tau?Kami ada 1 design sahaja buat masa ni iaitu sticker jenis bulat.Wording tu ikut kome lah nak wat gane kan,kita okayy jurr sebab harga mur-mur semua dah sekali pakej!Hehe..

Gambar kat bawah ni contoh sahaja kot-kot ada yang tak tau apa itu "Kraft Sticker" kan..Ha..rupa dia macam ni lah..Simple je tapi nampak classy..

Kalau ada yang berminat nak order,lepastu nak tanya macam-macam lagi..boleh lah terus contact kami melalui whatsapp.Nombor telefon ada kat belah kanan blog ni okay?






Friday, February 15, 2019

Foundation Apa Yang Best?

Assalamualaikum & Hai!

FOUNDATION APA YG BEST?

Dah lama rasanya memang nak cerita pasal foundation yg saya guna sekarang ni..Bila dah 2 tahun guna baru harini ada rasa konfiden untuk share dengan semua orang.Gittew!Hehe..Kalau ikutkan,saya memang bukan jenis orang yang rajin pakai foundation tau!Ntahlah ye,dulu persepsi saya foundation ni tak penting pun..lepastu dulu zaman muda umur 18-19 tahun macam tu,boleh kata fevret foundation saya dari brand maybelline.Asal masuk drugstore je,memang kaunter maybelline yg saya tuju dulu.Hahah kenangan sangat! Tapi masa tu saya takde ilmu langsung pasal mekap-mekap ni.Kalau nak tahu juga adik beradik saya semua lelaki..Saya sorang je perempuan.Saya kenal mekap ni betul-betul masa umur saya 19tahun..Tapi zaman sekarang?kids 12 tahun pun dah pandai mekap tau!Huuu....Rasa macam dah tua pulak & cepat betul remaja perempuan zaman sekarang belajar bab-bab mekap ni kan?

Okay okay back to main topic.

FOUNDATION APA YANG BEST?



Saya sekarang pakai foundation Timewise Mary Kay je awak!Dah 2 tahun masih setia & tak rasa nak tukar yang lain.Saya memang minat sangat-sangat tentang mekap & skincare  ni tau!Walaupun background adik-beradik semua lelaki.Hiks!
Ingat lagi dulu,saya suka kumpul ilmu mekap & skincare ni dari majalah.Lama-lama bila kita ada sikit ilmu tentang mekap & penjagaan wajah,automatik kita tahu apa yang terbaik untuk skin kita.Apa yang perlu dan tak perlu.Skin kita sendiri,ofkos kita je yang lebih tahu kan?Hehe.Lagi 1,melalui pengalaman lepas pun kita boleh belajar.Contoh,saya ada 'bad experience' salah pakai & pilih foundation.Zaman sekarang kan zaman kosmetik viral mua online kan?Saya sempat jugak terpengaruh & beli foundation yang mua popular tu pakai(taknak sebut brand tersebut hihi) tapi dalam masa yang sama saya lupa,skin saya dan mua tu berbeza.Dipendekkan cerita,lepas setengah botol saya pakai foundation tu,skin muka saya berubah.Habis naik jerawat & jadi sensitif!Huu..tak tau nak cakap macam mana..berbulan-bulan nak recover sampai saya rasa menyesal gila ikut kata hati yang nak cuba foundation tu..Sejak dari kes tu lah,apa-apa foundation pun langsung saya tak pakai dah!Saya serik.Saya betul-betul pakai cleanser & pelembap jee.Kadang tu nak tengok cermin pun rasa tak best.Yelah,muka saya tak pernah kena jerawat yang teruk sampai macamtu.Masa peknen pun naik seketul dua je..Tapi disebabkan saya ikut kata hati..habis semuanya kan?Nasib baik dah berlalu pun kisah tu..hehe..


Sekarang ni saya masih setia dengan Foundation Timewise Mary Kay & so far tak rasa lah nak curang.Haha!Paling suka sangat sebab dia ada agen anti aging,non-comodegenic (tak tutup pori) & foundation dia ada 2 jenis sesuai ikut skin kita dry atau oily.Biasanya kalau kita beli foundation kat luar,kita biasa nampak 1 foundation untuk semua jenis kulit kan?Tapii,,foundation mary kay takde tau!Dia memang ada khas ikut jenis skin masing-masing.Best kan?



Saya rasa entry ni macam panjang lah pulak kan?Kita jumpa next entry okay?
"Foundation Apa Yang Best Part 2"




**Kalau ada apa-apa soalan yang nak saya tolong jawab & share,awak boleh dm saya through ig @ whatsapp.Link ada kat tepi.Ok,bye & jumpa lagi!



Tuesday, September 18, 2018

Doorgift Aqiqah

Salam semua..Haiii!!!


Lama gila tau rasa tak update blog ni..kalau update pun tak tau nak story pasal apa selain dari post hasil kerja gambar bunga telur..heheh..Sorry!

Nah,nak belanja gambar bunga telur untuk kenduri Aqiqah baby girl yang ezaii dah siapkan hari tu..Ibu dia pilih tema pink putih.Kalau kaler yang senang cari ni,inshaAllah ezaii boleh je siapkan cepat.Asalkan mommies suka,ezaii double hepi tau!Wahhh gitew!


*Sepatutnya gambar ni ada video sekali,tapi ntah lah kenapa failed bila nak upload kat sini?Blog tak nak bagi kerjasama eh?


Alhamdulillah thank youu..!Mana yang dekat dengan area ezaii,boleh juga kalau nak cod.Tapi ada extra charges yea?

Till then..jumpa lagi next entry yea?Kalau sudi mai lerr folo instagram @cenderahatilace , biasanya kalau nak fast update ezaii ada kat situ.
atau , boleh juga folo instagram @ez.beautybellaz untuk sharing beauty diaries.Hee...mana-mana jelah yang uolls nak folo,kita ok jeee..